Selamat Datang Ke Laman Kami
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjenguk laman web kami yang tak seberapa ni...maklumlah baru nak cuba-cuba buat website. Kami akan cuba memperbaiki dan menambah isi kandungan web ini dari masa ke semasa..
Aneka Kek dan Katering terletak di Felda Sungai Kemahal Triang Pahang, berkonsepkan Home Biznez kami sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk majlis ulang tahun, perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.
Selain itu kami juga menawarkan perkhidmatan katering dengan harga yang berpatutan bagi kawasan sekitar Bera, Triang dan kawasan-kawasan yang berhampiran.
Paling istimewa..produk kami dihasilkan dengan dengan bahan yang halal, segar dan bermutu. Dengan dekorasi dan rekabentuk menarik mengikut citarasa anda pastinya kek kami akan menceriakan lagi majlis anda dan akan meninggalkan kenangan manis buat anda....
Kepuasan anda matlamat kami....

Tags
News
Visitors notice
19/02/2010 16:29———
Pelancaran Website
19/02/2010 16:28———
